Jumaat, 22 Ogos 2014

sambungan DIA ATAU DIA


                                                        bab 2
 
suasana hari itu amat ceria bagi izdihar kerana pada hari itu izdihar dapat berjumpa denagn ana fazlina. memang sukar untuk mereka bersemuka pada waktu cuti.kalau rakannya yang lain senang saja dia berjumpa dan berlepak, tetapi kalau denagn ana fazlina, puan intan pasti mengamuk.perangainya tak ubah seperti anak kecil.satu hari suntuk tidak mahu berjumpa atau bercakap denagn sesiapa sahaja. walaupun berkahwin denagn datuk mansor,tetapi gelaran datin tidak menghuni dipangkal namanya kerana puan intan merupakan isteri kedua datuk mansor. setelah mengahwini puan intan , datuk mansor sering pulang bersama keluarga tsteri pertamanya, datin zaharah di london.datin zaharah tidak dikurniakan anak kerana  mempunyai masalah di rahimnya.
    "ana nak makan apa-apa tak?"
    "ermmm... ana nak minum aje lah."
    "ok. wafie, tolong belikan milo ais satu and hot choclate for me one." arah izdihar aiman kepada rakan baiknya, wafie untuk membeli air untuknya dan ana. memeng sinonim denagn panggilan kembar tak seiras kerana mereka berdua serimg bersama pada waktu rehat. didalam kelas, dan apabila hari cuti.
   "eh bro, mentang-mentang boleh jumpa ana,gua pun kau buat jadi kuli tak bergaji.Ana tengok tu!..manja betuk iz ni.sedap-sedap jer dia buli aku ."
rengekan wafie membuatkan izdihar merasa geli lalu digoyangkan badannya dan dijelirkan lidahnya keluar.
    "ha'ar kau tu memang kuli tak bergaji aku.dan kau tu jeles azira tak pandang kau." jawab izdihar.
    "fine,kau menang."kali ini wafie mengalah. memang benar wafie sukakan azira, pengawas di tingkatan 3 mawar.cuma mawar saja yang malu untuk mengaku.
    "eleh. sebut saja azira terus mengalah.poyo jugak kawan aku ni." perli izdihar sambil ketawa.
    "korang berdua ni,asyik nak bertekak jer. kata bff?" kini ana fazlina mencelah bagi meleraikan perbalahan antara izdihar dan wafie.
    "kami memang bff.tapi sekali sekala tu mesti bertekak jugak, baru harmoni.." balas wafie smabil tersengeh.
     "harmoni lah sangat" jawab ana fazlina ringklas lalu bangun dari kerusi di kantin.
     "eh? ana nak gi mana?" tanya izdihar kerana tiba-tiba ana fazlina bangun dari tempa duduknya.
     "ana nak pergi beli ir lah. dah korang nak masuk pertangdingan debat sangat, so ana kenalah beli air sendiri"
     "ala..... wafie! tengok ana dah merajuk," izdihar berpura-pura marah lalu menarik tangan ana fazlina supaya duduk di sebelahnya semula. lalu dihulurkan not 3 ringgit kepada wafie untuk pergi membeli air.
      " ha'eleh, 3ringit jer? ya tak ya pun pun kasi lah lebih sikit. boleh aku top up malam ni. pokai ni..." rungut wafie. "banyak lah kau top up" ujar izdihar.apabila wafie hlang dari pandangan mereka, ana memecahkan kesunyian antara mereka.
      "happening kan korang? kalau korang gaduh tu nampak cute sangat! puji ana fazlina.
      "yer ker,ni yang iz jeles ni, wafie tu menyemak lah..."
      "ok fine! iz jer yang cute. sebab tu ana sayang dekat iz." pujuk ana fazlina setelah melihat muka ozdihar yang tak ubah macam lempeng basi. masam sungguh!
      "ana, iz nak mintak maaf sebab belum dapat yakinkan mommy iz untuk izinkan kita berkawan. sorry yer...???" "tak pe lah. lama-lama nanti ok lah tu" ana fazlina cuba memujuk izdihar yang kelihatan hampa.dia tahu bahawa puan intan amat membencinnya kerana keluaraganya tidak setaraf keluarga izdihar. namun izdihar tidak kisah asalkan ana fazlina ikhlas mahu berkawan dengannya
       "mommy tak suka iz berkawan dengan budak ana tu!entah dari lubuk mana entah iz jumpa terus nak buat kawan. nanati mulalah nak pinjam duit lah'nak pinjam itu lah." bebel puan intan.
      " tapi ana buksn macam tu!" izdihar cuba membela ana fazlina.
      "mana iz tau?" soal puan intan denagn muka yang bengis.
       "em... iz tau lah..!" jawab kosong.buntu dibuatnya.
       "you don't have any explanation right? mommy dah agak dah! perempuan tu akan ganggu iz! percaya lah cakap mommy ni." tegas puan intan.
       "ok.kalau mommy memang nak ikut kepala mommy jer...ok!Fine! Iz akan buktikan dekat mommy yang Ana tu good girl not like what thought!"izdihar meninggikan nada suaranya. Eh betul ke apa yang aku buat ni? tiba-tiba rasa kesal menghuni di hatinya.
        "mommy i'm so sorry... i didn't mean it. ampunkan iz ok."
dengan nada yang sebak, puan intan masuk ke dalam biliknya tanpa berkata apa-apa kepada izdihar.
 kini rasa kesal makin membara.entah apa yang harus dia lakukan bagi meredakan kemarahan ibunya. bukannya mudah nak memadamkan api kemarahan ibunya itu.
         "Iz! jauhnya .... ingatkan sape tu?" suara manis  milik ana fazlina menyedarkan izdihar ke alam yang nyata.
          "oh,tak de apalah"izdihar cuba menutup cerita."Ana iz rindulah kat Ana..."rengek izdihar manja.Ana malu-malu itu cuba menukar topik perbualan mereka.
              "iz...,hujung minggu ni  Iz nak gi mana?Ana ingat  nak pergi beli buku,Iz nak ikut"Yes! kali ni  mesti dia tak leh ikut,dia kan nak kena teman mommy dia
           "bagus juga tu. kita ajak wafie dengan azira sekali, boleh tak? mungkin diorang boleh rapat this time? mana lah tau..." aduh, apasal dia nak ikut pulak ni, bukannya dia kena teman mommy dia ker? sempat juga ana bermonolog sendiri.
         "boleh-boleh.nanti ana inform dekat azira and nadia."
        "apasal nak ajak nadia pulak?dia bukannya ada bf pun."
         "sapa cakap tak ada? adam tu nak letak mana? Nadia ialah  rakan karib ana yang selalu kecewa   dengan lelaki. memang sukar dipercayai apabila diberitahu bahawa nadia telah berpunya, adam pulak tu!
         "eh, diorang dah couple ker? ingatkan nadia bertepuk sebelah tangan.hahaha..."
adam merupakan seorang pelajar 'HOT' di sekolah itu.selama ini, izdihar hanya tahu bahawa nadia hanya menyimpan perasaan terhadap adam tetapi malu untuk dicurahkan.katanya bagaikan 'perigi mencari timba' "jangan nak gelak ok,hari tu masa ana study dengan nadia dekat library, tiba-tiba adam tegur kitaorang. first tu memang terkejut,tapi kalau dah tiap-taip hari macam tu,hurmmm dah biasa dah." jelas ana fazlina.
         "habis macam mana diorang boleh couple?" soal izdihar.
         "suatu hari masa nadia tengah cari buku kat rak, adam suruh budak junior hantar satu kad yang ditulis 'I love U would u be my girlfriend? pastu nadia setuju selepas minyak pendapat ana."terang ana lahi.

Jumaat, 15 Ogos 2014

SEBAB SEBAB PELAJAR PONTENG SEKOLAH

Karangan Tingkatan 3: Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah




Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan mereka.

Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik.

Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.Terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan sebagainya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

(125 patah perkataan )

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Karangan Tingkatan 3: Langkah-Langkah Meningkatkan Sektor Pertanian Negara




          Bidang pertanian merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Negara kita. Sektor ini perlu dimajukan supaya dayan pengeliaran Negara dapat ditingkatkan.
          
           Bidang pertanian memerlukan kajian dan penyelidikan yang berterusan. Melalui penyelidikan, kita mampu menghasilkan benih-benih tanaman yang berkualiti serta mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Penggunaan racun serangga yang terkawal dapat menghindarkan serangga perosak daripada menyerang tanaman. Penggunaan baja pula mampu menyuburkan tanaman dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.
           
        Kemudahan frasarana seperti system pengangkutan dan perhubungan perlulah ditingkatkan. Sistem pengangkutan yang sempurna akan memudahkan hasil pertanian dibawa ke bandar Akhir sekali, hasil pertanian juga boleh diproses dan  ditinkan untuk dieksport ke luar Negara. Dengan cara ini, keuntungan dapat diperoleh berlipat kali ganda di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
          
        Kesimpulannya, sektor pertanian boleh dimajukan sekiranya langkah-langkah yang efisyen dilaksanaakan.                                               
                                                                                                            ( 120 patah perkataan)

CARA CARA MENGISI MASA LAPANG

Karangan Tingkatan 3: Cara-Cara Mengisi Masa Lapang




Kita perlu mengisi masa lapang secara berfaedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan seperti memancing, membaca, bersukan dan sebagainya.

Bersukan merupakan aktiviti yang paling popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti tersebut, kita dapat mengeluarkan peluh seterusnya menyihatkan tubuh badan. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan cara menonton televisyen. Televisyen merupakan alat komunikasi yang menyebarkan pelbagai berita dan maklumat terkini. Televisyen juga merupakan alat hiburan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti memancing pula merupakan satu cara riadah yang dapat menenangkan fikiran. Selalunya, aktiviti memancing dilakukan pada hujung minggu atau cuti kelepasan am. Akhir sekali, kita juga perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai satu cara mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana membaca menjadikan kita sebagai manusia yang berpengetahuan dan bermaklumat.

Konklusinya, ibu bapa perlu membimbing anak-anak agar mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
                                                                                                                   
                                                                                                ( 127 patah perkataan )

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karangan Tingkatan 3: Permainan Tradisional

 


     Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Antara jenis permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau, gasing, congkak dan sebagainya.
              
   Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan tradisional  diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa pesta kebudayaan. Hal ini dapat member hiburan kepada orang ramai di samping memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.
              
  Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihaksekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai  jenis permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.
              
  Pihak media massa perlu memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan yang berkisartentang permainan tradisonal.  Langkah tersebut sudah pasti dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali permainan tradisional.
                
Konklusinya, permainan tradisional perlu dikekalkan supaya warisan nenek moyang ini tidak luput ditelan zaman.
                                                                                            ( 128 patah perkataan )

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN KEPENTINGAN KEMYDAHAN AWAM KEPDA MASYARAKAT SETEMPAT

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Kepentingan Kemudahan Awam Kepada Masyarakat Setempat





Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah lampu jalan raya, pondok telefon, pondok menunggu bas dan sebagainya.

Lampu jalan  dapat menerangi kawasaan sekitar terutamanya di sepanjang jalan raya. Kejadian kemalangan dapat dikurangkan kerana pemandu dapat melihat dengan jelas. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pondok menunggu bas di merata-rata tempat. Hal ini dapat memudahkan orang ramai serta melindungi mereka daripada panas dan hujan.

Pondok telefon pula bertujuan untuk membolehkan orang awam membuat panggilan telefon terutamanya pada waktu kecemasan. Pada masa ini, pihak kerajaan telah memperbanyak bilangankenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya. Kemudahan pengangkutan awam ini dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang semakin meningkat dijalan raya. Secara tidak langsung kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.
Konklusinya, kita perlulah menjaga kemudahan awam demi kepentingan semua ahli masyarakat di  negara kita.
                                                                                            ( 128 patah perkataan )

x

karangan bahan rangsangan tingkatan 3: FAEDAH FAEDAH BERKEBUN SAYUR

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Faedah-Faedah Berkebun Sayur





Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
            
        Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.
          
          Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga.
        
    Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
                                                                                                            
                                                                                                                 ( 129 patah perkataan)