Jumaat, 22 Ogos 2014

sambungan DIA ATAU DIA


                                                        bab 2
 
suasana hari itu amat ceria bagi izdihar kerana pada hari itu izdihar dapat berjumpa denagn ana fazlina. memang sukar untuk mereka bersemuka pada waktu cuti.kalau rakannya yang lain senang saja dia berjumpa dan berlepak, tetapi kalau denagn ana fazlina, puan intan pasti mengamuk.perangainya tak ubah seperti anak kecil.satu hari suntuk tidak mahu berjumpa atau bercakap denagn sesiapa sahaja. walaupun berkahwin denagn datuk mansor,tetapi gelaran datin tidak menghuni dipangkal namanya kerana puan intan merupakan isteri kedua datuk mansor. setelah mengahwini puan intan , datuk mansor sering pulang bersama keluarga tsteri pertamanya, datin zaharah di london.datin zaharah tidak dikurniakan anak kerana  mempunyai masalah di rahimnya.
    "ana nak makan apa-apa tak?"
    "ermmm... ana nak minum aje lah."
    "ok. wafie, tolong belikan milo ais satu and hot choclate for me one." arah izdihar aiman kepada rakan baiknya, wafie untuk membeli air untuknya dan ana. memeng sinonim denagn panggilan kembar tak seiras kerana mereka berdua serimg bersama pada waktu rehat. didalam kelas, dan apabila hari cuti.
   "eh bro, mentang-mentang boleh jumpa ana,gua pun kau buat jadi kuli tak bergaji.Ana tengok tu!..manja betuk iz ni.sedap-sedap jer dia buli aku ."
rengekan wafie membuatkan izdihar merasa geli lalu digoyangkan badannya dan dijelirkan lidahnya keluar.
    "ha'ar kau tu memang kuli tak bergaji aku.dan kau tu jeles azira tak pandang kau." jawab izdihar.
    "fine,kau menang."kali ini wafie mengalah. memang benar wafie sukakan azira, pengawas di tingkatan 3 mawar.cuma mawar saja yang malu untuk mengaku.
    "eleh. sebut saja azira terus mengalah.poyo jugak kawan aku ni." perli izdihar sambil ketawa.
    "korang berdua ni,asyik nak bertekak jer. kata bff?" kini ana fazlina mencelah bagi meleraikan perbalahan antara izdihar dan wafie.
    "kami memang bff.tapi sekali sekala tu mesti bertekak jugak, baru harmoni.." balas wafie smabil tersengeh.
     "harmoni lah sangat" jawab ana fazlina ringklas lalu bangun dari kerusi di kantin.
     "eh? ana nak gi mana?" tanya izdihar kerana tiba-tiba ana fazlina bangun dari tempa duduknya.
     "ana nak pergi beli ir lah. dah korang nak masuk pertangdingan debat sangat, so ana kenalah beli air sendiri"
     "ala..... wafie! tengok ana dah merajuk," izdihar berpura-pura marah lalu menarik tangan ana fazlina supaya duduk di sebelahnya semula. lalu dihulurkan not 3 ringgit kepada wafie untuk pergi membeli air.
      " ha'eleh, 3ringit jer? ya tak ya pun pun kasi lah lebih sikit. boleh aku top up malam ni. pokai ni..." rungut wafie. "banyak lah kau top up" ujar izdihar.apabila wafie hlang dari pandangan mereka, ana memecahkan kesunyian antara mereka.
      "happening kan korang? kalau korang gaduh tu nampak cute sangat! puji ana fazlina.
      "yer ker,ni yang iz jeles ni, wafie tu menyemak lah..."
      "ok fine! iz jer yang cute. sebab tu ana sayang dekat iz." pujuk ana fazlina setelah melihat muka ozdihar yang tak ubah macam lempeng basi. masam sungguh!
      "ana, iz nak mintak maaf sebab belum dapat yakinkan mommy iz untuk izinkan kita berkawan. sorry yer...???" "tak pe lah. lama-lama nanti ok lah tu" ana fazlina cuba memujuk izdihar yang kelihatan hampa.dia tahu bahawa puan intan amat membencinnya kerana keluaraganya tidak setaraf keluarga izdihar. namun izdihar tidak kisah asalkan ana fazlina ikhlas mahu berkawan dengannya
       "mommy tak suka iz berkawan dengan budak ana tu!entah dari lubuk mana entah iz jumpa terus nak buat kawan. nanati mulalah nak pinjam duit lah'nak pinjam itu lah." bebel puan intan.
      " tapi ana buksn macam tu!" izdihar cuba membela ana fazlina.
      "mana iz tau?" soal puan intan denagn muka yang bengis.
       "em... iz tau lah..!" jawab kosong.buntu dibuatnya.
       "you don't have any explanation right? mommy dah agak dah! perempuan tu akan ganggu iz! percaya lah cakap mommy ni." tegas puan intan.
       "ok.kalau mommy memang nak ikut kepala mommy jer...ok!Fine! Iz akan buktikan dekat mommy yang Ana tu good girl not like what thought!"izdihar meninggikan nada suaranya. Eh betul ke apa yang aku buat ni? tiba-tiba rasa kesal menghuni di hatinya.
        "mommy i'm so sorry... i didn't mean it. ampunkan iz ok."
dengan nada yang sebak, puan intan masuk ke dalam biliknya tanpa berkata apa-apa kepada izdihar.
 kini rasa kesal makin membara.entah apa yang harus dia lakukan bagi meredakan kemarahan ibunya. bukannya mudah nak memadamkan api kemarahan ibunya itu.
         "Iz! jauhnya .... ingatkan sape tu?" suara manis  milik ana fazlina menyedarkan izdihar ke alam yang nyata.
          "oh,tak de apalah"izdihar cuba menutup cerita."Ana iz rindulah kat Ana..."rengek izdihar manja.Ana malu-malu itu cuba menukar topik perbualan mereka.
              "iz...,hujung minggu ni  Iz nak gi mana?Ana ingat  nak pergi beli buku,Iz nak ikut"Yes! kali ni  mesti dia tak leh ikut,dia kan nak kena teman mommy dia
           "bagus juga tu. kita ajak wafie dengan azira sekali, boleh tak? mungkin diorang boleh rapat this time? mana lah tau..." aduh, apasal dia nak ikut pulak ni, bukannya dia kena teman mommy dia ker? sempat juga ana bermonolog sendiri.
         "boleh-boleh.nanti ana inform dekat azira and nadia."
        "apasal nak ajak nadia pulak?dia bukannya ada bf pun."
         "sapa cakap tak ada? adam tu nak letak mana? Nadia ialah  rakan karib ana yang selalu kecewa   dengan lelaki. memang sukar dipercayai apabila diberitahu bahawa nadia telah berpunya, adam pulak tu!
         "eh, diorang dah couple ker? ingatkan nadia bertepuk sebelah tangan.hahaha..."
adam merupakan seorang pelajar 'HOT' di sekolah itu.selama ini, izdihar hanya tahu bahawa nadia hanya menyimpan perasaan terhadap adam tetapi malu untuk dicurahkan.katanya bagaikan 'perigi mencari timba' "jangan nak gelak ok,hari tu masa ana study dengan nadia dekat library, tiba-tiba adam tegur kitaorang. first tu memang terkejut,tapi kalau dah tiap-taip hari macam tu,hurmmm dah biasa dah." jelas ana fazlina.
         "habis macam mana diorang boleh couple?" soal izdihar.
         "suatu hari masa nadia tengah cari buku kat rak, adam suruh budak junior hantar satu kad yang ditulis 'I love U would u be my girlfriend? pastu nadia setuju selepas minyak pendapat ana."terang ana lahi.

Jumaat, 15 Ogos 2014

SEBAB SEBAB PELAJAR PONTENG SEKOLAH

Karangan Tingkatan 3: Sebab-Sebab Pelajar Ponteng Sekolah




Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Gejala ini perlu diatasi supaya tidak menjejaskan masa hadapan mereka.

Terdapat sebilangan pelajar berjaga hingga lewat malam kerana menonton televisyen atau melayari internet. Akibatnya, mereka sukar untuk bangun pagi kerana keletihan dan masih dibelenggu rasa mengantuk. Ponteng sekolah juga berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat terhadap pelajaran. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai motivasi diri atau aktiviti pembelajaran di dalam kelas yang kurang menarik.

Gejala ini juga berlaku berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.Terdapat sesetengah pelajar ponteng sekolah kerana menghabiskan masa bersama-sama rakan mereka sama ada di kafe siber, pusat snooker atau melepak di pasar raya. Akhir sekali, kurangnya pemantauan daripada ibu bapa turut menjadi penyebab ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.
Sebagai intihar, gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar perlu diatasi oleh semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, polis dan sebagainya.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

(125 patah perkataan )

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN SEKTOR PERTANIAN NEGARA

Karangan Tingkatan 3: Langkah-Langkah Meningkatkan Sektor Pertanian Negara




          Bidang pertanian merupakan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi Negara kita. Sektor ini perlu dimajukan supaya dayan pengeliaran Negara dapat ditingkatkan.
          
           Bidang pertanian memerlukan kajian dan penyelidikan yang berterusan. Melalui penyelidikan, kita mampu menghasilkan benih-benih tanaman yang berkualiti serta mampu mengeluarkan hasil yang banyak. Penggunaan racun serangga yang terkawal dapat menghindarkan serangga perosak daripada menyerang tanaman. Penggunaan baja pula mampu menyuburkan tanaman dan mengeluarkan hasil yang berkualiti.
           
        Kemudahan frasarana seperti system pengangkutan dan perhubungan perlulah ditingkatkan. Sistem pengangkutan yang sempurna akan memudahkan hasil pertanian dibawa ke bandar Akhir sekali, hasil pertanian juga boleh diproses dan  ditinkan untuk dieksport ke luar Negara. Dengan cara ini, keuntungan dapat diperoleh berlipat kali ganda di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.
          
        Kesimpulannya, sektor pertanian boleh dimajukan sekiranya langkah-langkah yang efisyen dilaksanaakan.                                               
                                                                                                            ( 120 patah perkataan)

CARA CARA MENGISI MASA LAPANG

Karangan Tingkatan 3: Cara-Cara Mengisi Masa Lapang




Kita perlu mengisi masa lapang secara berfaedah. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan seperti memancing, membaca, bersukan dan sebagainya.

Bersukan merupakan aktiviti yang paling popular dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti tersebut, kita dapat mengeluarkan peluh seterusnya menyihatkan tubuh badan. Selain itu, kita juga boleh mengisi masa lapang dengan cara menonton televisyen. Televisyen merupakan alat komunikasi yang menyebarkan pelbagai berita dan maklumat terkini. Televisyen juga merupakan alat hiburan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Aktiviti memancing pula merupakan satu cara riadah yang dapat menenangkan fikiran. Selalunya, aktiviti memancing dilakukan pada hujung minggu atau cuti kelepasan am. Akhir sekali, kita juga perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai satu cara mengisi masa lapang. Hal ini demikian kerana membaca menjadikan kita sebagai manusia yang berpengetahuan dan bermaklumat.

Konklusinya, ibu bapa perlu membimbing anak-anak agar mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
                                                                                                                   
                                                                                                ( 127 patah perkataan )

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN PERMAINAN TRADISIONAL

Karangan Tingkatan 3: Permainan Tradisional

 


     Permainan tradisional semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada masa ini. Antara jenis permainan tradisonal yang ada di negara kita ialah wau, gasing, congkak dan sebagainya.
              
   Pada masa dahulu, permainan tradisional telah dijadikan sebagai sumber hiburan kepada masyarakat. Contohnya, pertunjukan permainan tradisional  diadakan semasa sesuaatu majlis keramaian atau semasa pesta kebudayaan. Hal ini dapat member hiburan kepada orang ramai di samping memupuk minat mereka terhadap permainan tradisional.
              
  Permainan tradisional perlu dikekalkan kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Pihaksekolah haruslah menubuhkan Kelab Permainan Tradisional bagi mendedahkan generasi muda dengan pelbagai  jenis permainan tersebut. Melalui kelab tersebut, pelajar dapat mempelajari peraturan dan cara sesuatu permainan itu dimainkan.
              
  Pihak media massa perlu memainkan peranan dengan menyiarkan rancangan yang berkisartentang permainan tradisonal.  Langkah tersebut sudah pasti dapat menarik perhatian golongan muda untuk mengenali permainan tradisional.
                
Konklusinya, permainan tradisional perlu dikekalkan supaya warisan nenek moyang ini tidak luput ditelan zaman.
                                                                                            ( 128 patah perkataan )

KARANGAN BAHAN RANGSANGAN KEPENTINGAN KEMYDAHAN AWAM KEPDA MASYARAKAT SETEMPAT

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Kepentingan Kemudahan Awam Kepada Masyarakat Setempat





Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk kegunaan orang ramai. Antara kemudahan tersebut ialah lampu jalan raya, pondok telefon, pondok menunggu bas dan sebagainya.

Lampu jalan  dapat menerangi kawasaan sekitar terutamanya di sepanjang jalan raya. Kejadian kemalangan dapat dikurangkan kerana pemandu dapat melihat dengan jelas. Selain itu, kerajaan juga telah menyediakan pondok menunggu bas di merata-rata tempat. Hal ini dapat memudahkan orang ramai serta melindungi mereka daripada panas dan hujan.

Pondok telefon pula bertujuan untuk membolehkan orang awam membuat panggilan telefon terutamanya pada waktu kecemasan. Pada masa ini, pihak kerajaan telah memperbanyak bilangankenderaan awam seperti bas, LRT dan sebagainya. Kemudahan pengangkutan awam ini dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang semakin meningkat dijalan raya. Secara tidak langsung kesesakan di jalan raya dapat dikurangkan.
Konklusinya, kita perlulah menjaga kemudahan awam demi kepentingan semua ahli masyarakat di  negara kita.
                                                                                            ( 128 patah perkataan )

x

karangan bahan rangsangan tingkatan 3: FAEDAH FAEDAH BERKEBUN SAYUR

Karangan Bahan Rangsangan Tingkatan 3: Faedah-Faedah Berkebun Sayur





Aktiviti berkebun sayur merupakan kegiatan yang digalakkan oleh pihak kerajaan. Kegiatan ini bukan sahaja boleh dilakukan secara kemersil tetapi juga untuk keperluan diri sendiri.
            
        Melalui aktiviti berkebun sayur, kita dapat menyihatkan tubuh badan. Kerja-kerja seperti menyangkul, menggemburkan tanah dan menyiram tanaman akan menyebabkan seseorang itu berpeluh dan boleh mengeluarkan toksin daripada tubuh badan. Selain itu, apabila aktiviti ini dilakukan bersama-sama keluarga, secara tidak langsung hubungan kekeluargaan dapat dieratkan.
          
          Seandainya kegiatan berkebun sayur dilakukan secara komersil, aktiviti ini akan memberikan pulangan yang lumayan serta boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan keluarga. Di samping itu, aktiviti berkebun sayur juga dapat membekalkan kita sayur-sayuran yang segar dan terhindar daripada penggunaan bahan-bahan kimia seperti baja dan racun serangga.
        
    Konklusinya, semua pihak perlulah menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan bumi hijau di negara kita.
                                                                                                            
                                                                                                                 ( 129 patah perkataan)

LANGKAH LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA KARANGAN BAHASA MELAYU

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN MUTU SUKAN NEGARA


Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan Singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaranjaguh kampung,  ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa-apapun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan. Kedangkalan pengetahuan tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, persis kata pujangga, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya bergantung kepada gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, serta Datuk Lee Chong Wei. Misi pencarian pelapis baru masih lagi gagal.  Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinyasinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan-kejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri  dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan  ratu squasy negara, Datuk Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang aktif dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya, menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat-bakat muda daripada peringkat sekolah lagi. Kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan, kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpotensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolahan. Oleh hal yang demikian pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan serta badan-badan sukan untuk menggilap bakat-bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolah-sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan merupakan satu alternatif bijak agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.

Pengambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demikian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar berterusan daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain kita dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain di peringkat dunia. Selain itu, para pemain juga akan mendapat rakan pelatih atau  sparing partner yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan intensif ini sudah pasti para atlet mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil pemain-pemain import semula dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha serampang dua mataiaitu untuk meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakkan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau ahli sukan, malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan berlanjutan kerana hal ini sedikit banyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh empat tahun, seharusnya telah mematangkan prestasi kita dalam bidang sukan. Tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak bagai aur dengan tebing, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Peribahasa Melayu ada menyatakan pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di air, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat MalaysiaSemoga slogan, Majulah Sukan Untuk Negara dapat diimplementasikan.

KARANGAN CARA CARA MENGHARGAI ORANG TUA

Monday, 21 January 2013

CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA


Warga tua merujuk  kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun. Mereka merupapan ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat. Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.
             
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak. Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga. Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua. Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit.
            
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua. Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka. Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka. Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka. Hal ini demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah  berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
           
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan dan pihak swasta hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing. Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh,  rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka. Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan. Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.
             
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan  dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua. Sebagai contoh,  rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua. 
                 
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa  dan pengorbanan warga tua. Tanpa mereka siapalah kita. Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga. Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan,  membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup. 

bahasa melayu karangan USAHA USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

Monday, 21 January 2013

USAHA- USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Bertepatan dengan peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, Malaysia kini berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada  pembangunan yang pesat.  Berkait rapat dengan perkembangan tersebut, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih  daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Mahukah  kita membiarkan anak watan berterusan  meminggirkan budaya mereka? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak  perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa  di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.


Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenalkan serta  mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu  mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat  bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun  ataupun sebagai hadiah kerana pencapaian cemerlang dalam akademik di sekolah.  Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama dengan rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti congkak, menaikkan layang-layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.



Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah.  Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional.  Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu,  pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan, justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tersebut di Malaysia daripada pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka iltizam pihak sekolah amat dituntut agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.



Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan  satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran,  peraduan melukius poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru.



Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Perkara yang sama boleh dilakukan oleh agensi pelancongan yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong asing.  Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong  terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara dan peranan agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.



Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia,  segelintir masyarakat  memang suka bertanding untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor  oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut  berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara.



Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut ialah  khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia  sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir  ke arah negara maju pada tahun  2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usul dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merealisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh!

taks 3

Save Mother Earth

By  | November 2012
Page 1 of 2
Save The Mother Earth
By: Arjhon Acordon
“I hardly can sleep. I feel that my target now is really to save Mother Earth for humanity. And it's doable. A quotation of Mrs. Imelda Marcos campaigning Filipino’s to save mother Earth. Some people Saying that Saving mother earth was so very hard. Is anyone concerned with what our world will be like in years to come? With the effects of global warming is causing to the environment, it’s hard to say that our planet Earth will be the way it is today.  Today I have talked to you about the need to save our mother earth. I want to talk to you about the important role each of us play in the reduction and reverse of global warming’s negative effects and what can be done in our community. I am asking you to take part in saving our environment with these simple readjustments of our lives. All of what can be done to reduce the negative effects global warming is causing on our environment are simple and do not require much effort at all. It will only benefit our futures. We have to act now! Those of you who care about our planet’s future will act now and help to reduce the negative effects global warming has imposed on the environment. Because we are concerned with our environment and the effects of global warming is having on our environment, we should all be inclined to do what we can to help improve the future of our planet Earth. Today I am going to convince you can help to save our environment. Today I am going to speak to you about: 1.) The important role we play in decreasing and reversing some of the negative effects of global warming. To begin, I would like to fill you in on the important role we play in decreasing and reversing some negative effects global warming has caused. These Are the Important role human beings play in reducing global warming’s negative effects: * By making choices that help the reduction of greenhouse gas output into the air, global warming can be reduced or even reversed. * The emission...

taks 2

Save Earth

By  | October 2012
Page 1 of 1
Save Mother Earth

Source: Google Images

Source: Google Images
It is time that we put a side our differences, our egos, and our superficial little worlds that we live in. The world that we all live in is calling for our help. Mother earth is in danger, more danger than before because of the melting ice in the Arctic. Some may ask," why should I save earth". Mother earth provides the air that we breathe, the food that we eat, and the water that we drink. The future cant be predicted, it can only be created, we have the power to change events before they happen. We are all worlds and the co creator of our life and reality's. We are the co creators of this planet. When oil is dumped in mother earths oceans, when her air is polluted, her surface filled with trash, and her children dying from starvation she cry's out to us with the after shocks. The after shocks are tornadoes, hurricanes,tsunami's, land slides, and earth quakes. We can not live in our little worlds and turn a blind eye to what is going on to our planet. We are a part of mother earth. We need to step out of our little worlds and pay attention, because if this world does not survive, than our little worlds will not survive. Living from our heart center and showing mother earth love will help heal her. Doing things to help contribute to the environment and holding peace rally's for the healing of mother earth will send love, and positive energy to mother earths atmosphere. She has to know that we love her. Love is the greatest power in the universe, and this will save the planet. Showing mother earth love will help cushion the polar shift to decrease the number death toll that the shift will cause. We have to get up and take a stand to save mother earth, our life depends on it. If we don't, our children and our children's children will have a dim future or no future at all. The world is a dangerous place, not because of those who do evil, but because of those who look on and do nothing.

bi

Is Exposure to the Internet at Early Age a Good Idea

By  | Feb. 2011
Page 1 of 3
Draft 1
Is exposure to the internet at an early age a good idea?
 The internet currently presents very interesting questions and challengers for parents. If there were an instruction manual and how to be a parent leaning on technology and the internet would be worthy to certain the problems. Internet leaders, analysts, and activists are involved in an ongoing debate about how the internet and technology affect our lives, as virtual reality becomes embedded in your life. While technology advances have improved communication capabilities, there is wide disagreement as to whether this leads to better social tolerance, human relations, or home lives. Nowadays, children are moving towards technology in by time. Definitely, we are in a period where technology is everything without technology our life left out and monotonous. In discussion, let see the use of internet aspect for the children. Internet has both its good and bad impact. It really depends on our way of use. For me, I agree the discussion of exposure to the internet at an early age a good idea because children can develop computer skills faster, in internet many websites include types of educational will have, give your child quick and effective access and finally encourage to use more comfortable resources in internet. What can the internet do for you and your children? Let see now and in the future? Its usefulness enters every area of our lives. By the internet, updated information about vital subjects can apply which only a click way. The internet presents much benefit to the individual or children for education, business, entertainment and live socialization. Exposure to the internet at an early age because can develop their computer skills so far in education and entertainment. As a tool for education and entertainment, the internet enables users to learn about virtually any topic in education or entertainment, search information or play an infinite number of online games with other users....